Tuesday, 12 February 2019

Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Kerajaan Negeri Perak 2019

PERAK STATE GOVERNMENT EDUCATION LOAN 2019

PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN NEGERI PERAK
Pinjaman ini bertujuan memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.
Jenis : Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah (Tanpa Faedah)
KADAR PINJAMAN
PERINGKAT PENGAJIANKATEGORIKADAR SETAHUN (RM)
DIPLOMA5,000
IJAZAH / SARJANA MUDASAINS6,500
SASTERA6,000
IJAZAH SARJANATEMPOH TAJAAN 2 TAHUN (BERMULA
DARI TARIKH KEMASUKAN UNIVERSITI)
10,000
IJAZAH KEDOKTORAN (PhD)TEMPOH TAJAAN 3 TAHUN (BERMULA
DARI TARIKH KEMASUKAN UNIVERSITI)
15,000
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak

2. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun

3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun

4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa

5. Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);

6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00
7. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah:
  • DIPLOMA - Tidak melebihi 26 tahun (41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
  • IJAZAH / SARJANA MUDA - Tidak melebihi 36 tahun (41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
  • IJAZAH SARJANA - Tidak melebihi 36 tahun (40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)
  • IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) - Tidak melebihi 36 tahun (40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan)

KADAR BAYARAN BALIK
JUMLAH PINJAMANANSURAN BULANAN
RM0 - RM10,000RM150
RM10,001 - RM20,000RM200
RM20,001 - RM30,000RM250
RM30,001 - RM40,000RM300
RM40,001 - RM50,000RM350
  • Setiap RM10,000, kadar bayaran bulanan akan dinaikkan sebanyak RM50.00
  • Peminjam di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang bergraduasi dengan Ijazah Kelas Pertama, mereka boleh mengemukakan permohonan untuk menukarkan pinjaman kepada biasiswa.
KAEDAH MEMOHON
Semua permohonan boleh dibuat melalui aplikasi berikut :
Pengambilan UNITEN : Mac / Mei / Oktober
Tarikh Tutup : 28 Februari 2019  |  APPLY NOW!!