Friday, 5 July 2019

Tawaran Program JPA Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2019



TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN
KEDOKTORAN DI BAWAH PROGRAM PELAJAR CEMERLANG
TAHUN 2019

1. PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan
ijazah pertama / sarjana tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke
peringkat sarjana dan kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti
yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

2. SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

2.1. Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum
dan khusus permohonan seperti berikut:

2.1.1. Syarat-Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun
bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi
pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun
permohonan;

(b) Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa
peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke
peringkat pengajian yang lebih tinggi (Pengecualian
syarat ini diberikat hanya bagi pemegang sijil High
School Diploma (HSD) daripada Kolej PERMATApintar
Negara);

(c) Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam
masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat
sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di
peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;

(d) Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah
menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama
atau Sarjana pada tahun 2018 hingga tarikh tutup
permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan
memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan
tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau
Kedoktoran (Ph.D);

(e) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa
syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian
secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti
di LAMPIRAN A;

(f) Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah
program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah
Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam
Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah
menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering
(M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom
hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke
jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di
peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA
Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya
diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;

(g) Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada
31 Disember 2019 (kecuali pelajar yang ingin
menyambung pengajian di Jepun – sehingga Mei
2020); dan

(h) Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan
bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi
pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

2.1.2. Syarat Khusus

Untuk Info Lanjut Klik Sini 


5. CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin)
jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon
dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan
sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna
dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program
Pelajar Cemerlang Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap
telah dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh
dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian)
mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam
4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan
Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

Untuk Info Lanjut Klik Sini 

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA 2019/2020 => KLIK SINI