Biasiswa JPA | Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Info Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
Permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2026 dibuka mulai 13 Januari 2026 (Selasa) jam 5.00 petang hingga 19 April 2026 (Ahad) jam 5.00 petang.
Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ ibu/ bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/ disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/ disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel kutipan@jpa.gov.my (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 13 Januari 2026 hingga 10 April 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2026

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar peringkat ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di dalam negara. Hasrat utama program ini adalah untuk memberi akses pendidikan kepada para pelajar di peringkat tertiari dalam negara serta menyokong agenda pembangunan modal insan negara.
Bentuk penajaan : Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik
- Warganegara Malaysia;
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
- Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM);
- Calon yang memohon menggunakan SVM adalah tertakluk kepada syarat memperoleh Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus bagi mata pelajaran Sejarah; dan
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet;
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan;
- Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon;
- Pelajar yang sedang memohon pertukaran kursus/ bidang pengajian (termasuk bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dan belum diluluskan oleh institusi pengajian adalah tidak dibenarkan memohon PIDN;
- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
- Pelajar telah memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan memperoleh keputusan seperti berikut:
a. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.30 (selain bidang Kejuruteraan);
ATAU
b. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (bidang Kejuruteraan);
DAN
c. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.
- Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
- Universiti Awam (UA) melalui saluran perdana
- Politeknik Premier
- Government-Linked Universities (GLU)
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
- Sains/ Veterinar
- Sains Sosial/ Sastera
- Kejuruteraan dan Teknikal/ Teknologi/ Seni Bina (Part I)
- Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar boleh memohon melalui Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF);
- Bidang pendidikan;
- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya;
- Program-program berbentuk francais UA/ IPTS;
- Program-program berkembar/ ijazah dual/ double degree/ program kerjasama dengan institusi lain;
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional; dan
- Program pengajian secara separuh masa/ jarak jauh/ atas talian/ pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA MALAYSIA 2026 KLIK SINI
Advertisement