Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)


Pelawaan Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2026

JPA dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi tahun 2026.

BYDPA, yang turut dikenali sebagai King’s Scholarship, merupakan biasiswa paling berprestij di bawah JPA dan antara penajaan tertinggi Kerajaan bagi melahirkan pemimpin akademik dan profesional bertaraf dunia.

Biasiswa ini menyasarkan individu berpotensi tinggi yang menunjukkan kecemerlangan secara holistik merangkumi pencapaian akademik, penglibatan bukan akademik, kepimpinan yang unggul serta komitmen terhadap pembangunan negara.

Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang yang memberi impak besar kepada negara, seperti berikut:

* Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

* Ekonomi

* Undang-Undang

* Kewangan Islam

* Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://penajaan.jpa.gov.my bermula hari ini hingga 6 Mac 2026.

Permohonan ini juga dibuka kepada pegawai awam, tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang berkuat kuasa.

Panduan lengkap permohonan beserta syarat-syarat permohonan adalah seperti di Lampiran A. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03 – 8885 3569/ 3438/ 3879/ 3571 atau e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my.

Notis Iklan

Syarat & Tatacara Permohonan

Pautan Permohonan

Baca Juga : Senarai Penuh Biasiswa Lepasan SPM/STPM KLIK SINI

Mohon Sekarang!!

Advertisement

(Visited 18,916 times, 203 visits today)

Leave a Comment