Advertisement

Biasiswa Kerajaan Brunei 2020


Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar asing termasuk warganegara Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian di universiti dan politeknik yang terletak di Brunei bagi peringkat pengajian diploma, ijazah, master dan PhD untuk sesi akademik julai/ogos 2020.

Kriteria

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan di bawah

  • Biasiswa ini dibuka untuk pelajar seluruh dunia termasuk negara-negara Komanwel, OIC dan negara anggota ASEAN. 
  • Bagi program Diploma dan degree, calon mestilah berusia 18 hingga 25 tahun dan rogram Pascasiswazah (master/PhD) umur pemohon tidak boleh melebihi 35 tahun pada 31 Julai 2020.
  •  Penduduk tetap di Brunei Darussalam tidak layak menerima biasiswa ini

Disiplin

Program pengajian dan syarat kelayakan kursus yang ingin dimohon selain info kelayakan  boleh rujuk laman web berikut :

Maklumat Am

Ditanggung sepenuhnya termasuk pengangkutan pergi dan balik semasa memulakan dan sebaik tamat pengajian. Berikut antara senarai yang ditanggung. Senarai penuh boleh semak di laman rasmi biasiswa. 

  • Elaun bulanan personal : BND$550.00
  • Elaun bulanan makan : BDN$150.00
  • Elaun tahunan buku : BND$600.00
  • Penginapan di resident college yang terletak di universiti/ politeknik
  • Elaun baggage sebaik tamat pengajian
  • BND$250.00 (Negara ASEAN)
  • BND$500.00 (Luar ASEAN)
  • Insurans sepanjang pengajian

Cara memohon Biasiswa Kerajaan Brunei

Ketahui cara bagaimana anda boleh memohon biasiswa ini sekarang Klik disini untuk ke laman permohonan

  • Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan berikut: BORANG PERMOHONAN 2019/2020 atau boleh kemukakan secara atas talian. 
  • Borang permohonan mestilah dilengkap dan disahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, negara pemohon
  • Pemohon dikehendaki juga mengemukakan penyata pelepasan keselamatan dari Agensi Keselamatan Negara (Balai) / Balai Polis Negara (iaitu penyata / laporan yang mengesahkan bahawa pemohon adalah jelas dari apa-apa caj sivil dan jenayah). 
  • Borang permohonan yang lengkap akan dihantar ke emel berikut: applyBDGS2020@mfa.gov.bn
  • Info penuh biasiswa sila klik pautan berikut: http://www.mfa.gov.bn/Pages/bdscholarship.aspx
  • Tarikh Tutup : 14 Februari 2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Alamat:

Technical Assistance Division
Department of Administration
Ministry of Foreign Affairs
Bandar Seri Begawan BD2710
Brunei Darussalam

Tel: +673 2261177 ext.  310 / 684

Fax: + 673 2261250Email: scholarship@mfa.gov.bn | APPLY NOW!!

Advertisement

(Visited 806 times, 1 visits today)

Leave a Comment