Advertisement

Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM)


Biasiswa Kecil Sekolah Menengah ( BKSM ) merupakan bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Kedah yang terpilih bagi meringankan beban kewangan  semasa sesi pengajian sekolah menengah mereka. Bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Biasiswa negeri Kedah.  Bermula tahun 2015 kadar baru biasiswa telah ditetapkan iaitu RM 50 Sebulan kepada pelajar tingkatan 1 – 3 manakala RM 65 Sebulan kepada tingkatan 4 dan 5.

SYARAT KELAYAKAN BKSM

  • Pendapatan isi rumah maksimum RM 3000.00 atau dan lebih rendah
  • Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan seperti berikut:

         i) UPSR bagi pelajar Tingkatan Satu atau,

ii) PT3 bagi pelajar Tingkatan Empat atau,

     iii) Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi Tingkatan Dua, Tiga dan Lima.

  • Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh negeri Kedah atau sekolah-sekolah lain yang terpilih.
  • Pelajar yang tiada penaja lain.
  • Bersih daripada tindakan disiplin.
  • Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sukan
  • Melepasi saringan oleh pihak Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.

CARA MEMOHON BKSM

  • Para pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.
  • Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) bolehlah menghubungi pentadbiran LBNK.

 Telefon : 04-774 4463, Email : biasiswa@lbnk.gov.my

MOHON SEGERA!!

Advertisement

(Visited 2,342 times, 1 visits today)

Leave a Comment