Advertisement

Biasiswa Program Dermasiswa B40


Program Dermasiswa B40 dilaksanakan sebagai inisiatif untuk meringankan bebanan pelajar yang tergolong dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah agar dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Fokus program ini tertumpu pada bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi dalam industri.

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN SIJIL
PROFESIONAL DI BAWAH PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2020

1. PENGENALAN

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan di
bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar
yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil
profesional di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang
keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi
penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-
pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk

melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya
bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi
kepada industri.

Bagi tahun 2019, penajaan adalah melibatkan pengajian yang
ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran
Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL
MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology
(UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan
universiti bertaraf Government Linked Universities (GLU) iaitu

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia
(MMU).

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2.1. Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum
dan khusus permohonan seperti berikut:

2.1.1. Syarat-Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh
permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
tindakan undang-undang oleh pihak JPA;

(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-
mana agensi untuk pengajian yang sama; dan

(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah
RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

2.1.2. Syarat Khusus

(i) Bagi Universiti Awam / Politeknik / UniKL MIMET /
UniKL MIAT / KUPTM / UNITEN / MMU

a) Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat
kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya
gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain
yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan
pengajian di institusi pengajian tersebut.

(ii) Bagi Institut Kemahiran Awam (Institut Kemahiran
Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA
/ Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat
Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal
Jepun-Malaysia (JMTI))

a) Menduduki SPM pada tahun 2018 dan mendapat
kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya
gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain
yang diambil; dan

b) Telah mendapat tempat dan memulakan
pengajian di institusi pengajian tersebut.

3. BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan,
kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan
kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

4. CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai empat belas (14) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) 1 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang. Calon
boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ)
yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut
berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar,
mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup
permohonan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna
dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program
Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah
dibuat.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh
dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian)
mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam
4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan
Aduan Awam (SISPA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.

5. KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui
laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September
2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan
pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman
sesawang eSILA.

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA 2020 => KLIK SINI

Advertisement

(Visited 8,332 times, 1 visits today)

Leave a Comment