Advertisement

Dermasiswa Harapan Dalam dan Luar Negara


DERMASISWA HARAPAN DALAM DAN LUAR NEGARA

Bantuan ini bertujuan untuk:-

a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.

b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

#DERMASISWA HARAPAN (DALAM NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

BilPeringkat PengajianNilai Bantuan (RM)(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional)RM300.00
2DiplomaRM500.00
3Ijazah Sarjana MudaRM1,000.00
4Ijazah Sarjana (Master)RM1,500.00
5Ijazah Doktor Falsafah (PhD)RM2,000.00

SYARAT DERMASISWA HARAPAN (DALAM NEGARA)

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (DERMASISWA HARAPAN DALAM DAN LUAR NEGARA)

1. Salinan surat tawaran terkini.

2. Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan).

3. Salinan penyata akaun bank pelajar.

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.

5. Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN

#DERMASISWA HARAPAN (LUAR NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian serta kategori Negara seperti berikut:

Kategori NegaraKategori AKategori B
Peringkat PengajianNilai Bantuan (RM)
Diploma1,500.002,500.00
Ijazah Sarjana Muda3,000.005,000.00
Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah4,000.006,500.00

Agihan Negara mengikut kategori dan Negara adalah seperti berikut:

NEGARA(KATEGORI A)
1. Bangladesh2. India3. Pakistan4. Thailand
5. Myanmar6. Indonesia7. Filipina8. Sri Lanka
9. Mesir
NEGARA(KATEGORI B)
1. Australia2. Austria3. Belgium4. Switzerland
5. Kanada6. Denmark7. Itali8. Jepun
9. Jerman10. Jordan11. Malta12. Maghribi
13. Belanda14. New Zealand15. Turki16. Uganda
17. Ukraine18. United Kingdom19. Amerika Syarikat20. Norway
21. Perancis22. Poland23. Czech Republik24. Ireland Republik
25. Sweden26. Russia27. Singapura28. Afrika Selatan
29. Korea Selatan30. Sepanyol31. Sudan32. China
33. Arab Saudi34. Brunei35. Hong Kong36. Iran
37. Iraq38. Kuwait39. Libya40. Taiwan
41. West Indies

Senarai IPT yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) boleh disemak di pautan www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm

SYARAT DERMASISWA HARAPAN (LUAR NEGARA)

1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.

2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.

4. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau

b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

UNTUK PERHATIAN:-

* Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.

* Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.

* Permohonan dibuka sepanjang tahun.

* Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

APPLY NOW!!!

Advertisement

(Visited 5,185 times, 1 visits today)

Leave a Comment